Friday, February 10, 2012

SYED SYARIFAH

wajib ke golongan syed berkahwin dengan golongan syarifah??
sebelum nie persoalan tue xbermain di fikiran fara since one day fara dberitahu oleh OPAL (syed nornasriq) yang hubungan kami ditentang hebat oleh keluarga dia..
kenapa??
dengan alasan keluarga dia berketurunan syed dan syarifah dan fara hanyalah perempuan biasa yang tidak mempunyai nama keturunan.
kenapa perlu jadi mcam tue?? hina ke fara ta berketurunan syarifah??

petikan dari satu blog yang fara baca :

Tak semua yang ada title Syed/Syarifah tu ahlul bait. Tak semua ahlul bait tu ada tempias dari sikap Rasulullah. Ahlul bait yang betul2 ahlul bait xkan meninggikan diri, merasakan diri mulia, bermegah2 dengan harta dan kekayaan, menjaga title, memilih jodoh mcm sistem kasta atau pun jadi model atau artis dedah sini sana.

Rasulullah begitu tekankan tentang menghormati dan kelebihan keturunan dia supaya akhir zaman nanti seseorg itu mudah untuk menerima Imam Mahadi. Sebab Imam Mahadi tu ahlul bait. Tapi zaman skrg byk sgt benda yang menyebabkan kenapa ahlul bait tu dibenci. X perlu guna hadis2 nabi supaya orang hormat kita bertitle syed/syarifah tapi hidup n perangai besar kuman pun xde mcm Nabi.

Hadis yang mengatakan Allah lebihkan akhirat untuk golongan ahlul bait tu agak2 bleh ke apply kat artis2 bertitle Syarifah? Fikir sendirila. Memang Nabi suruh kita hormat dan sayang keturunan baginda. Tapi kalau dah mcm tu perangainya, nak hormat n sayang ke? Menyampah lagi ada. Bagi aku orang2 mcm tu bukan ahlul bait pun.

Those yang gile title ataupun xpuas hati dengan title ingat je la yang kemulian dan kedudukan seseorg di sisi Allah tu adalah berdasarkan ketaqwaan..bukan kedudukan, keturunan mahupun title. Keahlul baitan mu xkan membolehkan kamu dapat point percuma untuk memangkinkan aras level ketqwaanmu..
.....

sebelum fara mengundurkan diri, inilah sepatah dua kata yang dapat fara beri buat keluarganya..

Assalammualaikum..
saya farah dan saya tahu saya bukan dari keturunan yang mulia seperti pacik dan macik.. wlau bagaimanapun saya tetap mempunyai harga diri.. tak perlu untuk anak macik (syarifah ...) untuk bertanyakan nama penuh saya dengan nada yang kurang enak bila dapat tahu saya nie teman wanita adiknya.. usah lah pacik dan macik risau.. saya tidak akan berkahwin dengan anak macik tanpa restu dari macik dan pacik.. sebab cinta saya pada dia mendalam.. bkn hanya di dunia.. tapi di akhirat.. saya tanak kami hidup bahagia bersama di dunia tetapi dia diseksa berkesorangan di akhirat nanti kerana menderhaka pada pacik dan macik.. kerana saya percaya pada kalamullah.. keberkatan hidup seorang anak bergantung pada keredhaan ibu bapanya..jika cinta saya menyebabkan ketidak redhaan macik dan pacik terhadap dia. saya berjanji saya akan cuba melupakan dia.. sekiranya cinta saya itu juga menjadi satu kesalahan yang bakal mencemarkan nasab dan keturunan macik/pacik, maafkan saya kerna telah terlanjur menyayangi dan menyintai anak macik dan pacik.. saya hanya mampu berdoa keluarga pacik dan macik akan lebih bahagia tanpa kehadiran saya.. cuma satu yang saya pinta.. jangan hina kami orang biasa..

-terima kasih cinta-

0 comments:

Post a Comment