Daging Berkecai Di Paya Bakau, Tanjung Kupang, Johor.
Walaupun peristiwa ini berlaku ketika aku masih belum lagi lahir ke dunia ini, namun aku dapat merasakan betapa sedihnya mereka yang telah kehilangan keluarga. Tragedi yang dimaksudkan adalah peristiwa terhempasnya pesawat Penerbangan Malaysia MH653 yang terhempas di Tanjung Kupang Johor pada tanggal 8 December 1977. Berdasarkan sumber rasmi, nahas tersebut berpunca akibat hijacked oleh pihak komunis. Namun menurut ayah aku pula, kejadian tersebut berpunca akibat daripada seorang menteri kabinet yang dalam keadaan mabuk telah melepaskan tembakan terhadap juruterbang. Namum berat hati aku mengatakan kejadian berpunca daripada rampasan oleh pihak komunis berdasarkan pita rakaman kota hitam.
Info Tragedi
·Pesawat: Penerbangan Malaysia MH 653
·Dari: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
·Destinasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
·Penumpang: 93 + (7krew)
·Kematian: 100 orang
·Jenis Pesawat: Boieng 737-2H6
·Tarikh: 4 December 1977
JAM menunjukkan sekitar 7.21 malam pada 4 Disember 1977 apabila pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737 MH653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Singapura.Seramai 93 penumpang antaranya pelancong asing bersama tujuh krew penerbangan berada di dalam pesawat berkenaan.
Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor.
HUTAN bakau di Tanjung Kupang menjadi kawasan lapang selepas tragedi pesawat terhempas pada 4 Disember 1977.
Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba menara kawalan LTAB menerima makluman daripada juruterbang pesawat bahawa terdapat situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan itu, kira-kira jam 7.54 malam.
Ketika pegawai petugas menara kawalan meminta penjelasan lanjut, juruterbang berkenaan segera membalas dengan menyampaikan satu makluman yang amat mengejutkan - pesawat berkenaan dirampas pihak tertentu!
Mendengar penerangan itu, segera menara kawalan menyediakan landasan untuk pesawat berkenaan mendarat.
Pesawat berkenaan terbang semakin rendah untuk mencecah landasan tetapi belum pun sempat ia menjejakkan roda, tiba-tiba ia kembali terbang tinggi meninggalkan daratan.
Tanda tanya terus tercetus tatkala melihat tindakan aneh juruterbang tetapi ketika itu jugalah menara kawalan kembali dimaklumkan juruterbang pesawat berkenaan bahawa mereka akan meneruskan penerbangan ke Singapura.
Menara Kawalan Paya Lebar di Singapura terus dimaklumkan mengenai situasi cemas dihadapi penerbangan MH653 itu dan kelulusan untuk mendarat segera diberikan pihak berkuasa negara terbabit.
Akan tetapi, tidak lama selepas itu, secara tiba-tiba pesawat berkenaan terus hilang daripada radar menara kawalan. Segala usaha untuk mengadakan hubungan radio bagi menghubungi pesawat berkenaan juga gagal.
Runsing, cemas dan tanda tanya terus bercampur baur pada pihak berkaitan tatkala memikirkan kehilangan misteri pesawat terbabit daripada radar selain situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan berkenaan.
Sementara itu, malam yang tenang dan damai menyelubungi beberapa kampung di Tanjung Kupang yang terletak berhampiran Selat Tebrau kira-kira jam 8.30 malam.
Kebanyakan penduduk berada di dalam rumah masing-masing sambil berehat dan menonton televisyen manakala sebilangan lagi melepaskan penat lelah berikutan terdapat kenduri kahwin yang diadakan pada siangnya.
Tidak lama kemudian, satu bunyian aneh yang berdesing seakan bunyi wisel yang kuat mula menggemparkan penduduk kampung. Ada antara mereka yang berlari ke luar rumah untuk memastikan bunyi aneh apakah yang mencemari keheningan malam itu.
Ketika itulah mereka semua tersentak kekejutan - di hadapan mata mereka, kelihatan pesawat gergasi terbang dalam keadaan ‘bergoyangan’ dan amat rendah sehingga kelihatan seolah-olah berada betul-betul di atas pohon kelapa saja.
Kegemparan di jiwa penduduk masih belum hilang ketika pesawat berkenaan tiba-tiba terbang memutar dan hampir menegak. Satu letupan kuat kedengaran sebelum lampu pesawat itu terpadam dan kapal terbang itu terus terjunam ke satu lokasi berhampiran kampung berkenaan.
Pesawat berkenaan terhempas di permukaan tanah dan menggegarkan kawasan sekitar sehingga ada penduduk menyangka yang gempa bumi berlaku di kampung itu. Gegaran itu diiringi satu letupan teramat kuat dan api mula marak menjulang sehingga berpuluh meter ke udara.
Serentak itu juga banyak barang dan serpihan pesawat melayang bertebaran ke merata arah malah sehingga ke lokasi yang jauh.
Tidak lama kemudian, satu laporan diterima pihak polis berhubung tragedi kapal terbang yang terhempas di kawasan hutan bakau di Tanjung Kupang.
Laporan itu membawa berpuluh jentera bomba, ambulans dan kenderaan menyelamat bersama lebih 100 pihak berkuasa termasuk polis, tentera, bomba dan petugas hospital ke lokasi nahas sekitar jam 10 malam bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Pengawasan helikopter dari udara mendapati hempasan pesawat menjangkau lokasi luas sehingga 2.5 kilometer persegi malah ada kawasan yang menjadi lapang seumpama ‘padang jarak padang terkukur’ apabila banyak pohon bakau di kawasan itu tercabut dan patah dilanda pesawat.
Gerakan mencari dan menyelamat segera dilakukan dan ketika itu jugalah pihak terbabit mula sedar bahawa pesawat berkenaan berkecai akibat terhempas dan tiada siapa yang terselamat daripada tragedi itu.
Kenyataan itu lebih menyeramkan tatkala pasukan penyelamat mendapati bukan saja tiada mangsa yang berjaya diselamatkan malah jasad semua mereka juga hancur berkecai malah ada yang hanya ditemui sekadar cebisan daging.
Pelbagai peralatan daripada pesawat termasuk buku, surat, gambar, pakaian dan barangan keperluan mangsa bertebaran ke merata arah di seluruh kawasan tragedi yang luas malah cebisan jasad mangsa dipercayai turut hilang akibat terjatuh di kawasan perairan.
Kawasan sekitar juga mula diselubungi bauan mayat serta minyak pesawat dan hari itu, satu tragedi pesawat terhempas yang paling tragik dan dahsyat dicatat dalam sejarah hitam negara.
Artikel di bawah ini di ambil dari akhbar Kosmo!.. Pasti ada segelintir yang tak tahu menahu akan kisah ini. Tetapi kepada yang dah tahu tentang kisah ini, sila langkau ke tajuk yang lain.. Kalau yang lain pun korang tau, korang ulangi langkau-melangkau tu.. kalau semua artikel2 yg ada kat sini korg dh tau jugak, korg klik Account, pastu Sign Out.. And then klik Start & klik Shut down.. kepada yg nak layan, jom layan.. bebel banyak pun tak guna jugak kan? hahaha..
Pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor
Info Tragedi
- Pesawat: Penerbangan Malaysia MH 653
- Dari: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang - Singapore
- Penumpang: 93 + (7krew)
- Kematian: 100 orang
- Jenis Pesawat: Boieng 737-2H6
- Tarikh: 4 December 1977
Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.
ANTARA faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.
"Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.
"Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, 'bang, saya nak cari tangan saya yang putus'. Gugur jantung saya," cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.
Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.
Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.
Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.
Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.
"Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar," ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.
Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat 'raksasa' apakah yang jatuh ke kampungnya itu.
Kutip duit berguni
Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.
"Barang - barang mangsa yang bertaburan dikumpulkan
"Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.
"Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya," katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.
"Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun 'menyelit-nyelit'lah.
"Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!" kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.
"Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka," katanya.
Pelbagai Teori Rampasan Pesawat :-
Rampasan dikatakan didalangi gerila Tentera Merah Jepung (JRA). Namun keterlibatan kumpulan itu dinafikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Ghazali Shafie.
Rampasan turut dikaitkan dengan anggota militan Vietnam kerana sebelum itu Singapura telah menahan 3 orang militan Vietnam yang merampas pesawat DC3 Air Vietnam.
Rampasan oleh pemberontak Cuba yang merancang khianat terhadap duta Mario Garcia dan duta-duta Cuba lain di seluruh dunia.
- Terdapat spekulasi menyatakan kedua-dua juruterbang MH653 ditembak mati sebelum pesawat terhempas.
Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.
Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbang Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.
Seorang lagi penduduk kampung yang teruja menceritakan kisah itu ialah Siti Rahmah Ismail, 39. Walaupun ketika kejadian dia baru berusia tujuh tahun, Siti Rahmah masih mengingati banyak perkara.
“Budak-budak disuruh tidak keluar dari rumah. Maklumlah, ibu bapa kami takut perkara buruk terjadi kepada kami. Keadaan semakin kecoh apabila pihak berkuasa dan keselamatan yang terdiri daripada anggota polis, tentera, bomba dan ambulans tiba tidak lama kemudian. Kerja-kerja menyelamat berlarutan ke lewat malam,” imbasnya.
Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman. Ramai yang terkejut apabila terjumpa atau ternampak dari jauh kecaian daging dan tulang manusia yang bersepah dan membusuk. Lebih meloyakan adalah apabila isi perut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokok bakau.
“Ramai yang tidak boleh tidur malam kerana dibayangi pemandangan itu. Apatah lagi mereka diganggu mimpi ngeri, terutama mereka yang telah mencuri simpan barang peribadi milik mangsa nahas,” kata Ahmad.
“Siapa yang mengambil milik orang pada malam kejadian, terimalah habuannya. Mereka tidak tenang. Sampai ada yang sakit seperti terkena badi hingga terpaksa dibawa berubat,” tambah Zaiton pula.
Suara jeritan
Ahmad mengakui, selama beberapa tahun, Kampung Tanjung Kupang terutama di kawasan tragedi itu seperti berhantu. Semua orang takut untuk melaluinya.
“Kalau menaiki motosikal di daratan atau menaiki bot di sebelah paya bakau itu, pasti akan terdengar suara-suara kelam seperti orang menjerit, meratap dan memekik meminta tolong.
“Penghuni rumah yang paling dekat dengan tempat kemalangan juga telah lama berpindah sejak tragedi itu berlaku,” kata Ahmad mengenai sebuah rumah tinggal yang terletak kira-kira 100 meter dari rebakan api bangkai MH653.
Kru Jurnal yang mengunjungi Tanjung Kupang kelmarin nekad ‘menceroboh’ masuk tapak tragedi walaupun mengetahui laluan masuknya sudah dipagar kerana telah menjadi milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Sewaktu memperlahankan kereta di sebatang jalan yang sempit, tidak pula terasa apa-apa yang meremangkan bulu roma.
Semakin kereta kami ditelan belukar yang kian meliar, bau busuk tiba-tiba menusuk hidung. Namun, bau itu bukan daripada bau reputan daging manusia seperti yang diceritakan sebelumnya. Saat tiba di penghujung jalan, kami menemui sebuah kandang lembu yang diusahakan oleh seorang penduduk kampung, Mohamad Nor Kamaludin, 34.
“Daripada kawasan ini terbiar, biarlah saya memanfaatkannya. Lagipun kandang ini hanya sementara,” kata Mohamad yang seakan-akan tahu tujuan kedatangan kami.
“Memang di sinilah tempat kapal terbang itu jatuh. Kisah tragedi itu sudah lama berlalu, tak ada apa pun yang menakutkan di sini. Silakanlah ambil gambar. Orang kata, masih ada tayar kapal terbang di hujung tanah sana. Kalau ada pun, pasti dah tenggelam ke dalam lumpur,” ujarnya.
Menurut sumber daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas, tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan PTP secara konsesi. Ia sekadar dirizab sebagai zon bebas aktiviti manusia.
Paya hangus yang telah mengorbankan 100 jiwa itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder. Wartawan Jurnal sekadar menemui sebuah terusan air dan benteng tanah laterit yang ditinggikan bagi memisahkan kawasan belukar darat dengan kawasan bakau yang semakin teranjak melebihi garis air laut.
Di situlah 34 tahun lalu berlaku sebuah tragedi yang telah menggemparkan negara..
P/S: Sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa yg beragama ISLAM.. Kubur ini kini menjadi sejarah di Malaysia kerana kesemua mangsa tak kira bangsa, agama & negara di semadikan bersama..
* Ada novel Tragedi 4 Disember dalam silibus Komsas Tingkatan 2.. Yang aku tahu pelajar negeri Johor, Kelantan & Melaka dpt baca novel ni.. ini apa yang aku rembat dari Wikipedia..
Tragedi Empat Disember merupakan sebuah novel karya Dzul Karnain Ithnain. Ia turut dijadikan komponen sastera untuk para pelajar tingkatan dua di negeri Melaka, Johor dan Kelantan. Ia diadaptasikan dari tragedi kapal terbang Malaysia Airlines Penerbangan 653 (MH653) pada 4 Disember 1977 di Tanjung Kupang, Johor, Malaysia ketika penerbangan ke Bandara Changi, Singapura
Novel Tragedi Empat Disember mempunyai no. KK: 893 93492101, no. ISBN: 983626986X dan diterbitkan pada 2000.
Untuk info lain tentang artikel ini, korg boleh layari Wikipedia yg ni http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Airlines_Penerbangan_653
korang nak peta Memorial Park yg kat Kebun Teh tu? nah amek..
Berikut adalah kisah2 sebelum, semasa & selepas kejadian.. Kisah mistik? juga terselit di situ..
(di petik menerusi blog2 dan forum2 yang sedia ada)
Kiriman dari Subee menceritakan - Kawan family aku pon ada yang jadi mangsa....husband ke kawan baik mak aku....baru ja kahwin....keja dgn MAS opis kat KL....Balik Penang every weekend. Hari tu dia patutnya naik an earlier flight tapi flight tu over booked and since dia MAS punya employee... naik pon aku rasa rega diskaun....he was asked to surrender his seat...tu yang dia naik that fateful flight. So bila this kapai terbang terhempaih....bini dia tak syak apa2 pasai ingat dia naik the flight yang he was supposed to naik....and dah selamat tiba di KL....Tup2...tengah malam tu kot dapat call from MAS opis...bagi tau laki dia salah seorang yang terkorban....nyonya kawan mak aku masa tu tengah pregnant anak sulong....4-5 bulan, aku tak berapa nak ingat....sampai laa ni, nyonya tu tak kahwin2.....setia habeh kat laki dia tu! SEDIH.....kan....
Kisah pertama, pemandu teksi - seorang pemandu teksi mengambil penumpang wanita muda bersama seorang anak kecil di kampung itu, tidak jauh dari kawasan kemalangan. Penumpang berkenaan meminta dihantar ke Jalan Kebun Teh iaitu tanah perkuburan khas bagi menempatkan mangsa tragedi.
Apabila sampai di situ, wanita itu meminta keluar sebentar untuk menziarah makam dengan menumpangkan anak kecilnya di tempat duduk hadapan teksi.
Bagaimanapun, sebaik berpaling melihat wanita itu berjalan ke arah makam, anak kecil di sebelah tempat duduknya bertukar menjadi batu nisan dan wanita itu turut ghaib.
Sehingga kini, tidak ada pokok termasuk pokok bakau dapat hidup di kawasan kapal terbang terhempas itu.
Kisah kedua, ketua kampung Tjg Kupang - Abu Bakar Mohd Ali (gambar), 58, berkata beliau masih teringat kira-kira lima hari selepas kejadian, dia menerima kedatangan seorang pelanggan, seorang anggota polis hutan yang membeli barangan keperluan di kedai runcitnya.
Beliau berkata, ketika itu, dia perasan, wang yang digunakan untuk membeli barangan adalah wang kertas RM5 yang banyak ditemui di lokasi kemalangan serta berbau darah.
"Saya mengesyaki wang berkenaan milik mangsa yang terbabit dalam nahas itu. Saya mencium wang berkenaan untuk memastikannya selepas pelanggan berkenaan meninggalkan kedai dan saya yakin ia berbau darah," katanya.
Abu Bakar berkata, berikutan kejadian itu, dia menjadi gelisah dan tidak dapat tidur semalaman.
“Bagaimanapun apa yang menakutkan ialah bayangan lembaga hitam mengganggunya sehingga dia berasa seolah-olah ada benda berat menindih badannya.
"Saya tidak dapat melihat dengan jelas lembaga hitam itu sama ada lelaki atau perempuan. Bagaimanapun, saya percaya ia disebabkan saya menerima wang milik mangsa kemalangan berkenaan.
"Kejadian itu menyebabkan saya menjadi seperti tidak tentu arah dan sentiasa terperanjat hampir seminggu," katanya.
Kisah ketiga, nelayan Tjg Kupang - Sulaiman Othman, 58, berkata kawasan nahas berkenaan berhampiran sebuah pangkalan nelayan.
Katanya, dia sering berulang-alik di kawasan itu termasuk pada hari kejadian apabila turun ke laut untuk menangguk udang kira-kira jam 7.30 malam bersama dua lagi rakan.
"Kira-kira jam 8.45 malam, kami terdengar bunyi bising. Pada mulanya, kami ingat bunyi kapal terbang Singapura menjalani latihan. Bagaimanapun, bunyinya pelik dan berdesing seperti wisel.
"Tidak berapa lama kemudian, kami melihat sebuah pesawat terbang rendah dan terdengar bunyi dentuman sebelum satu letupan kuat dan api menjulang beberapa puluh meter ke udara," katanya.
Sulaiman berkata, kejadian itu menyebabkan pelbagai dokumen dan barangan turut tercampak ke laut.
“Saya amat terkejut dan bersama seorang rakan kembali ke darat untuk melihat apa yang terjadi. Saya dapati pelbagai barangan bersepah berhampiran tempat kejadian seperti pakaian, makanan, kertas dan sebagainya.
"Kami juga melihat satu daripada sayap kapal terbang berkenaan tercacak pada benteng manakala tayar di kawasan bakau. Selain itu, banyak wang kertas RM5 turut ditemui bertaburan di atas tanah serta perut manusia.
"Semua mayat sudah hancur dan tidak lagi kelihatan bentuk. Apa yang kami dapat lihat ketika itu hanya gumpalan daging saja," katanya.
Beliau yang dipercayai penduduk kampung pertama sampai di tempat kejadian mendakwa menemui ikan kurau kering masih elok di dalam sebuah bakul yang biasa dibawa masyarakat Cina pada masa itu.
Katanya, tidak lama kemudian, satu helikopter dari Singapura sampai di tempat kejadian dan mula menyuluh ke tempat kejadian.
"Mereka juga mengikuti pergerakan kami di lokasi berkenaan untuk tempoh beberapa minit menyebabkan kami meninggalkan lokasi berkenaan.
"Mungkin mereka menyangka kami antara mangsa terselamat dalam nahas berkenaan," katanya yang mendakwa tidak lama kemudian berpuluh-puluh ambulans dan jentera bomba datang ke tempat kejadian untuk membantu mangsa nahas.
Sulaiman berkata, tiga hari selepas kejadian, dia memasuki kawasan tragedi dan cuba mengambil sebelah kasut kulit yang ditemui di tempat kemalangan berkenaan.
“Saya sungguh terkejut apabila mendapati ada kaki manusia di dalam kasut berkenaan. Saya juga ada mendengar cerita seorang penduduk kampung mengambil kasut di kawasan kemalangan tetapi terpaksa memulangkan semula apabila tidak dapat tidur," katanya.
Bagaimanapun, Sulaiman dan Abu Bakar kesal kerana janji untuk membina peringatan di atas kawasan nahas berkenaan tidak ditunaikan.
Selimut Purple menceritakan - ader cerita gak pemandu teksi bawak pompuan nak g tempat kapal terbang tu terhempas .... taxi driver tu tanya nak wat pe g saner... pompuan tu cakap nak g amik cincin dia yang tertinggal... tiber kat saner pompuan tu terus ilang... taxi driver tu pown paham la saper pompuan tu sebenarnya.... rezeki pakcik tu dapat berbual ngan pompuan tersebut....
REDchile menceritakan - Arwah untie syarifah ni schoolmate ibu red ..ade gambo dia dalam simpanan kiteorg mase sek rendah kalo tak silap ....memng lawa muka cam arab ..kecik2 lai da lawa....ibu red yg cite kawan dia syarifah ni la yg mati mase kejadian kapal terbang tu ....if dia masih idup dah 55 thn da umur dia..
Duquesne menceritakan - My father penah cerita pasal tragedi ni.. dia terselamat sebab ambik penerbangan yang awal sikit dari yang ni.. patutnya dia ambik yang terhempas ni, tapi boss dia suruh balik awal sikit, so dia ambik yang awal. Boss dia tu ler orang yang terkorban dalam nahas ni.. al-Fatihah..
Talapia menceritakan - yg paling menyayat hati.. ada a few pilots yg kata.. masa attend class apa ntah,.... dorang diperdengarkan dengan rakaman suara dari kotak hitam pesawat malang tu... dengar suara pilot pleading "please dont shoot".. something like that la.. tak sangka cerita pasal aircraft hijack ni pernah berlaku di mesia. both pilots are shot n bleeding to death. kesian sangat...
Shania menceritakan - i ade dgr yang version lain tapi ia bersangkutan dgn politics...org yang sepatutnye ade dalam flight tu, dah tau awal2 so dia terlps dr flight ni..ape yang saye dgr lps je kejadian itu, dia terus pegi overseas...
Teori seorang blogger - kalu ikut kata pilot2 MAS (diorang kena dgr transkrip perbualan dlm cockpit tu semasa latihan)
Menteri tu nk bwk pistol naik flight,pistol kat bodyguard dialah
memula pilot tu tak kasi (ganjoor pilot tu) tapi akhirnya dia akur sbb taknak flight delay
coz benda ni pernah terjadi setahun sbelum tu...menteri yg sama nk bwk pistol naik flight,bila tak dpt..bertekak sampai flight delayed for over an hour
pd hari kejadian tu adalah hari wedding anniversary pilot tu..so dia nk balik cepat,takmau flight delay
so,dia buat kesilapan terbesar membenarkan bodyguard menteri tu bwk pistol naik flight
pehtu,dunno what actually happened,this one guy(they speculated was the menteri's bodyguard) masuk dlm cockpit n mengamuk..dia tembak co-pilot dulu ...pastu tembak pilot plak..seram woo diorang kata masa dgr rakaman kedua2 pilot tu merayu 'please dont shoot'..permintaan terakhir pilot tu nk makan sirih( dia singh) and segelas air...they were bleed to death..sedih kan..pilot tu tak dpt balik pun nk celebrate wedding anniversary dia..
ade jugak teori mengatakan ini adalah suicide attempts kerana someone tukar autopilot kpd manual yg menyebabkan flight tak dpt dikawal sbb dua2 pilot dah mati...ade jugak kata ade kaitan dgn kes rasuah and so on..wallahualam..sbbnya takde sorang pun yg survive yg boleh cerita hal yg sebenar kan?
tp pilot2 mas yg dgr rakaman tu yakin 99% bukan kerja pengganas (the so-called red japanese army)
Ada lagi yg menambah - Kalau ikut pilot2 tu lagi, bodyguard tu consume alcohol dan bunuh pilot dan co-pilot sebab drunken rage. sorang steward cuba nak control plane sebab dia panik tak tau kapal terbang tu dalam auto-pilot, dia ingat takda sapa navigate kapal terbang akan menjunam kot, so tu yang jadi manual tu (mengikut perbualan pilot2 tu lah). isu lain yang timbul juga sama ada kapal terbang tu boleh survive sampai ke singapore sebab jumlah minyak mungkin tidak mencukupi
0 comments:
Post a Comment